Thursday, June 20, 2024

Cara sembuh dari depression, anxiety, dan sebagainya.

        Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami manusia. Alhamdulillah dan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Allahuma Solli 'ala Saiyidina Muhammad. Alhamdulillah bila Allah beri ujian dan kita dapat melalui ujian tersebut. Allah uji kita kerana mahu kita kembali kepadaNya. Meminta pertolonganNya berbanding makhluk. Di sini saya mahu kongsikan cara untuk keluar dari kemurungan, anxiety dan sebagainya. Pertama, kita mula memaafkan semua orang termasuk diri sendiri. Ada diceritakan bahawa sesiapa yang mudah memaafkan orang lain, tempatnya adalah di syurga. Masya Allah, dengar macam mudahkan, tapi orang yang melaluinya sahaja yang faham. 

Kedua, saya mendengar bahawa golongan ahli syurga itu terdiri daripada orang yang tenang dan sabar. InsyaAllah tuan-tuan sekalian. Kalau kita mahukan syurga. Mintalah kepada Allah. InsyaAllah Allah makbulkan. Kerana Allah Maha Pemurah Lagi Penyayang. Dalam Surah Al-fatihah, Allah berfirman dalam ayat ke-5 , Hanya kepada Engkau kami beribadah dan hanya kepada Engkau Kami memohon pertolongan. Ayat ini kita baca setiap hari bukan. Tapi adakah kita betul-betul meminta pertolongan Allah. Kita lebih suka mengadu kepada manusia berbanding kepada Allah bukan. Ayat ini mengajar kita bergantung hanya kepada Allah, bukan kepada makhluk. Kerana yang menjaga kita dari kecil adalah Allah. Bukan makhluk. Makhluk cuma perantaraan sahaja. Teknik kedua, saya mahu mengajar tuan puan menulis di atas kertas atau menulis diari untuk simpan semua masalah tuan puan. Saya ada terbaca, menulis juga adalah salah satu terapi untuk meluahkan segala apa yang terbuku di hati. Menulis juga membolehkan kita mengikat ilmu yang kita peroleh dari Majlis Ilmu dan kuliah. Alhamdulilah, ilmu ini saya dapat dari ahli psikologi. Ilmu merupakan cahaya yang membolehkan kita melalui jalan yang gelap. 

Ketiga, banyakkan berzikir dan mengingati Allah. Zikir sebenarnya mudah sahaja, hanya menyebut Subhana Allah, Alhamdulillah , Allahukabar. Apabila hidup kita terasa sukar, saya terbaca ubatnya adalah istighfar. Istighfar ini dapat menghapuskan dosa-dosa kita. Ada sesuatu yang saya amalkan sebelum ini, iaitu Zikir Al-Matsurat. Zikir ini dikatakan mempunyai banyak kelebihan. Zikir ini disusun oleh Imam hassan Al- Banna. Zikir ini membolehkan malaikat menjaga kita dari subuh ke asar dan dari asar ke subuh. Zikir ini melindungi kita dari gangguan syaitan dari terbit matahari sehingga terbenam matahari. InsyaAllah. Selalunya, saya akan memulakan hari saya dengan membaca Surah Ar-rahman. Ayat ini mengandungi peringatan kepada saya. Di mana Allah banyak menyebut Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? Surah Ar-Rahman juga mengajar saya tentang erti syukur. Kadang-kadang kita manusia terlupa untuk bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat, apatah sebesar-besar nikmat. Allah memberikan nikmat penglihatan, pendengaran, anggota tubuh badan yang sihat dan banyak lagi nikmat Allah beri. Jika mahu disebutkan tentang nikmat Allah. Sampai bila pun tidak pernah habis, sebab terlalu banyak nikmat Allah beri kepada kita. Contohnya, nikmat boleh bernafas dan sebagainya. 

Yang terakhir, berdamailah dengan alam. Banyakkan melihat keindahan alam semula jadi seperti pantai, laut, ombak, bukit-bukau dan sebagainya berbanding hanya melihat telefon atau komputer setiap hari. Manusia ini asalnya dari tanah. Jadi, ia akan kembali kepada tanah. Saya cuba menyibukkan diri dengan aktiviti kerja rumah berbanding hanya menatap telefon. Kerana alat ini mengandungi kesan negatif kepada tubuh badan manusia. Saya merasakan kes Austisme meningkat juga disebabkan oleh manusia terlalu sibuk memegang telefon berbanding memegang al-quran. Nauzubillah. mungkin, kadang-kadang kita lahir bukan dari orang yang beragama. Tapi kita boleh kembali kepada agama kita. Mula belajar mengaji dari iqra contohnya. Hukum membaca al-quran adalah sunat. Bukan wajib. Bila membacanya mendapat pahala. Tetapi, hukum belajar fardhu ain adalah wajib. Kita perlu mempelajari cara yang betul di dalam solat. Semestinya, Solat itu adalah wajib. Jika mahu kembali sihat, kembalilah kepada TuhanMu yang menciptakan kamu. Mintalah kepadaNya untuk sembuh dari segala penyakit yang nampak dan tidak nampak. InsyaAllah. 

Tuesday, June 11, 2024

Masa yang berlalu...

 Masa, Allah berfirman dalam Al-quran surah Al-asr ayat 1-2 ; 

Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecauli orang yang beriman dan beramal dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. 

Semasa saya masih kecil. Masa terasa lambat berlalu. Sekarang, masyaAllah. Masa begitu pantas berlalu tanpa sedar. Salah satu tanda kiamat-kiamat kecil ialah waktu yang terasa semakin singkat. Dari Abu Hurairah, Rasullullah s.a.w bersabda; 

' Tidak akan tiba hari kiamat sehingga waktu semakin singkat. Setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan satu jam. Dan satu jam bagaikan api yang membakar daun kurma. 

' Masa ibarat pedang, jika engkau tidak memotongnya maka ia akan memotongmu.' Saya akan cuba memanfaatkan masa yang ada untuk menulis sebagai bekalan saya di akhirat kelak. Ilmu kita berbeza, ujian kita berbeza dan pengalaman kita semua juga turut berbeza. 

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW juga bersabda :

' Waktu akan semakin singkat, amal akan berkurangan, bakhil akan dijumpai, fitnah akan menyebar dan banyak terjadi pembunuhan.' 

Allah memberikan kita waktu yang sama setiap orang iaitu 24 jam sehari. Saya memerlukan masa 1-2 jam sehari untuk mengemas rumah. Selain itu, saya memerlukan 1 jam untuk memasak. Begitulah perkiraan masa setiap hari yang digunakan untuk melakukan aktiviti seharian. Bangun seawal pukul 5 pagi untuk melakukan ibadah kepada Allah. Bukan mudah untuk bangun awal pagi, apatah lagi melakukan ibadah-ibadah sunat seperti tahajud. Tapi jika kita berniat untuk bangun. InsyaAllah Allah akan memudahkan urusan kita. 

Konsep ibadah itu luas sebenarnya. Kerja juga satu ibadah. Sewaktu saya masih kecil, ibu saya bangun seawal pukul 4 pagi untuk menyiapkan bahan masakan iaitu kuih ketayap. Ibu berniaga kuih di kedai bagi membantu meringankan beban abah saya yang hanya bekerja sebagai pekerja kilang. Bilamana kita sibuk mencari wang janganlah kita merasakan kerja yang kita lakukan adalah sia-sia. Kerana bekerja juga satu ibadah. Namun, janganlah sampai meninggalkan solat lima waktu. Kita perlu bijak mencuri masa untuk melakukan ibadah wajib ini. 

Bagi sesiapa yang rasa terlambat atau tidak pernah solat sebelum ini. Sekarang adalah masanya untuk anda melakukan perubahan dalam hidup. Kerana dunia ini semakin singkat. Baginda SAW bersabda; 

Aku diutuskan dan hari kiamat seperti jari ini dan ini. Baginda berkata seperti itu sambil mendekatkan jari telunjuk dengan jari tengahnya. Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Dalam hadis lain, Rasulullah menjelaskan bahawa baki umur umat manusia setelah kedatangan baginda hanyalah seperti solat asar dan maghrib sahaja. Kebiasaanya, kita solat fadhu asar pada pukul 5 petang dan solat maghrib pada pukul 7 petang. Ini bermaksud masa antara solat fardhu asar dan maghrib sangat singkat. 

Sebahagian ulama mengira masa kedatangan kiamat melalui kedua-dua hadis ini. Imam At-tabari berkata,'Selisih diantara jari tengan dengan jari telunjuk adalah 1/14 jari. Begitu juga masa yang berada antara solat asar dan maghri jika dibandingkan dengan seluruh hari. Maka jika uumur dunia adalah 7000 tahun, maka masa yang berbaki adalah 500 tahun. 

Apabila bercakap tentang masa, sebahagian ulama seperti Qadi 'iyad, an-nawawi dan Ibn Abi Jamrah mentafsirkan singkatnya masa dengan hilangnya keberkatan. Mereka berkata, ' maksud singkatnya  waktu ialah hilangnya keberkatan waktu tersebut sehingga satu hari misalnya, tidak dapat dimanfaatkan seluruhnya melainkan beberapa jam sahaja. Allahukabar. Ampunkan kami Ya Allah. Kami hambaMu yang leka dan lalai dengan dunia. Celik mata sahaja, mula memegang telefon pintar. Scroll telefon sehingga tidak sedar masa berlalu pergi begitu sahaja. kini , kebanyakan platform perniagaan menggunakan internet untuk memasarkan perniagaan mereka ke seluruh dunia. Masa banyak dihabiskan dengan melayari internet. Tidak sedar, sudah pukul 4 petang masih belum solat zohor. Ini adalah masanya untuk kembali kepada Allah. Hadiri majlis ilmu dan bergaullah dengan orang-orang soleh. Semoga hidayah milik anda. 

Saya juga manusia yang lemah, leka dan lalai. Saya menulis sekadar menjalankan tugas dakwah sebagai seorang muslim. Dalam Surah Al-Baqarah Allah berfirmam ; 

'Dan ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ' Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah (pengganti) di muka bumi. Mereka bertanya (untuk mengetahui tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata),' Adakakah Engkau (Ya Allah) hendak menjadikan di bumi itu orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih memujiMU dan menyucikan Mu. 

Setiap manusia yang diciptakan Allah adalah seorang khalifah di muka bumi. Tugas kita adalah melakukan amal kebaikan dan mencegah kemungkaran. Pada zaman fitnah sekarang, bukan mudah melakukan kebaikan apatah lagi mencegah kemungkaran. Aku hanya merindukan Nabi Muhammad SAW dan harap pertemuan dengan baginda. Harapan saya, moga kita semua dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Terus mencari ilmu tanpa jemu. Ilmu itu adalah cahaya. Dan kita memerlukan cahaya bagi menyuluh jalan untuk kembali kepada penciptanya. Masa terus berlalu, saya masih disini menaip untuk mengingatkan sesama kita. Sekian sahaja tulisan saya untuk harini ini. Terima kasih kerana sudi membaca. 

マレー語 勉強する!

 PELAJARAN PERTAMA : MINNA NO NIHONGO (SEMUA TENTANG BAHASA JEPUN)


SAYA : わたし

KAMI : わたしたち

ORANG ITU : あのひと  ・あの人

LELAKI : かれ

PEREMPUAN : かのじょ

HADIRIN SEKALIAN/SEMUA ORANG : 皆さん

TUAN/PUAN : ¬さん 

WARGANEGARA : ¬ じん

GURU : 先生 、せんせい

PENGAJAR : きょうし

PELAJAR : 学生

PEKERJA SYARIKAT : 会社員

SYARIKAT : しゃいん

PEKERJA BANK : ぎんこういん

DOKTOR : いしゃ

PENYELIDIK : けんきゅうしゃ

JURUTERA : インジニア

UNIVERSITI : 大学

HOSPITAL : びょういん

SIAPA : だれ (どなた)

UMUR : さい

BERAPA UMUR : なんさい

YA : はい

TIDAK : いいえ

APA NAMA AWAK : おなまえは?

GEMBIRA BERTEMU DENGAN AWAK : どうぞよろしく

SAYA AKAN MENERANGKAN TENTANG BUNPO PADA PELAJARAN SETERUSNYA. 



Monday, June 10, 2024

Mencari Tuhan Yang Esa

 Segala puji bagi Allah Yang Menghidupkan kami. Selawat dan Salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Allahuma Solli 'ala Saiyidina Muhammad. Alhamdulillah saya diberi kesempatan membuka semula blog saya setelah sekian lama. Setiap manusia tidak terlepas daripada ujian selagi mana mereka masih bergelar hamba Allah. Ujian adalah tanda kasih-sayang Allah. Ujian juga tanda ingatan dari Tuhan Yang Esa iaitu Allah s.w.t. 

 Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa termasuk saya sendiri. Saya menulis kerana ingin menyampaikan dakwah saya kepada mereka diluar sana. Ramai orang yang mula mencari identiti diri sejak dari kecil. begitu juga dengan saya, saya mencari identiti diri dengan menuntut ilmu. Namun, ilmu yang saya pelajari dari sekolah rendah tidak menemukan saya kepada Tuhan Yang Esa. Saya hanya bersekolah rendah biasa berpandukan satu-satunya subjek Pendidikan Islam. 

Pencarian tuhan ini bermula sejak dari kecil sebenarnya, bilamana orang yang kita sayang mula pergi meninggalkan kita. Timbul persoalan dari hati saya. Kenapa mereka pergi? Mengapa mereka pergi meninggalkan saya ketika mana saya memerlukan kasih-sayang mereka? Disitulah bermulanya timbul pelbagai persoalan dari dalam diri. Allah memberikan ujian bersesuaian dengan tahap keimanan seseorang. 

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286 maksudnya ; Allah tidak akan membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.  Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa), 'Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau menghukum kami dengan azab jika kami terlupa atau tersalah. jangan Engkau bebankan kepada kami kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. 

Tuhan itu tidak pernah jauh. Tuhan itu sangat dekat dengan kita seperti mana dekatnya urat merih. Tapi yang menjauhkan kita dengan Tuhan adalah dosa. Dosa kecil mahupun dosa besar. Pintu taubat masih terbuka kepada seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w. selagimana kita masih bernafas di muka bumi Allah. Allah berfirman dari surah yunus ayat 44 yang bermaksud; Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikitpun, tetapi manusia itulah yang mengzalimi diri mereka sendiri. 

Mungkin ada di antara kita yang pernah hanyut dalam noda dosa dan maksiat. Namun, tidak bermakna kita berputus asa dengan rahmat Allah. Bilamana kita percaya hanya Allah sahaja yang berhak disembah. insyaAllah. Rahmat Allah sangat luas sepertimana luasnya dunia dan bumi Allah ini. Saya akhiri penulisan saya dengan ucapan Alhamdulillah. Terima Kasih sudi membaca isi dakwah saya. 




Saturday, August 13, 2011

PERINGKAT AWAL MEMPELAJARI BAHASA JEPUN




~ Bahasa Jepun terbahagi kepada tulisan hiragana, katakana, kanji dan roman-ji. Penulis berpendapat bahawa bahasa Jepun merupakan bahasa yang susah tetapi amat menarik untuk dipelajari. Siapa yang rajin berusaha, insya'allah...mudahlah belajar=). Penulis memperkenalkan dahulu tulisan hiragana. Bahasa Malaysia mempunyai huruf seperti a,b,c,d,e...tetapi lebih kurang sama je mcm bahasa Jepun..a,i,u,e,o..so, kenal hafal dulu huruf2 hiragana di bawah ni..dan kemudian belajar menulis pulak...selamat mencuba!
~ Tips menghafal : Lekat je tepi katil, sebelum nak tidur tengok...hafal sampai tertidur,bangun tidur,insya'allah tgk pulak...mesti ingat!

Friday, February 11, 2011

Perkongsian Bersama


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....pembuka bicara~


Hadith ~

Dari Maq'al bin Yasarberkata, telah bersabda Rasullullah sallahu 'alaihi wassalam mana-mana hamba yang diberikan Allah pengikut ( jadi pemimpin) ketika matinya dalam keadaan pengkianat ( mengkianati rakyat) Allah mengharamkan baginya syurga.

Hadith ~

Dari Abu Hurairah dan Abi Said Al-Khudri, keduanya menyaksikan Rasullullah sallahu 'alaihi wassalam bersabda, tiada satu kaum( golongan) yang duduk sambil berzikir kepada Allah, melainkan mereka dipelihara malaikat, diliputi rahmat dan diturunkan ke atas mereka ketenangan.

hadith~


Dari Abdullah bin Umar, dia menyuruh seorang lelaki yang hendak tidur mengucapkan, Ya Allah! engkau menciptakan ku, engkau yang mematikannya, bagimu kematian dan kehidupannya, andainya engkau masih hidupkan kelak peliharalah ia(kematian), ampunkanlah ia ( kematian), Ya Allah! aku pohon keampunan.
hadith~

Dari Abu Hurairah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah sallahu 'alaihi wassalam, tidak akan masuk syurga kamu sehinggalah kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehinggalah berkasih sayang. Mahu tak kamu aku tunjukkan kamu sesuatu yang jika kamu buat kamu akan berkasih sayang, sebarkanlah salam di antara kamu.

hadith ~

Dari Abu Hurairah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah sallahu 'alaihi wassalam, dari alamat(tanda) orang munafiq ada tiga, apabila dia berkata dia berbohong, apabila dia berjanji dia mungkiri dan apabila dia diamanahkan dia mengkianati.


Saturday, January 8, 2011

Muhasabah Diri

















1. Apakah tujuan aku dilahirkan di dunia?


2. Selama aku umur____ apa yang aku dah buat untuk Islam?


3. Masihkah ingat janji aku dengan Pencipta di Alam Rohani?


4. Andai aku mati esok? Adakah aku sudah bersedia?


5. Cukupkah solat 5 lima waktu aku setiap hari?


6. Adakah aku baca al-quran setiap hari?


7. Siapakah yang menciptakan matahari, bulan, bintang,dan bumi
yang aku pijak?




7 SOALAN SAHAJA...INSYA'ALLAH...SELAMAT MENJAWAB


"Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa"
( SURAH AL-BAQARAH AYAT 21)






"Semoga hari esok lebih baik dari semalam"

p/s : Lihatlah kebesaran Allah tika matahari terbenam dan terbit...
Allahu akbar!