Masa, Allah berfirman dalam Al-quran surah Al-asr ayat 1-2 ;
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecauli orang yang beriman dan beramal dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
Semasa saya masih kecil. Masa terasa lambat berlalu. Sekarang, masyaAllah. Masa begitu pantas berlalu tanpa sedar. Salah satu tanda kiamat-kiamat kecil ialah waktu yang terasa semakin singkat. Dari Abu Hurairah, Rasullullah s.a.w bersabda;
' Tidak akan tiba hari kiamat sehingga waktu semakin singkat. Setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, sehari bagaikan satu jam. Dan satu jam bagaikan api yang membakar daun kurma.
' Masa ibarat pedang, jika engkau tidak memotongnya maka ia akan memotongmu.' Saya akan cuba memanfaatkan masa yang ada untuk menulis sebagai bekalan saya di akhirat kelak. Ilmu kita berbeza, ujian kita berbeza dan pengalaman kita semua juga turut berbeza.
Dalam hadis yang lain, Nabi SAW juga bersabda :
' Waktu akan semakin singkat, amal akan berkurangan, bakhil akan dijumpai, fitnah akan menyebar dan banyak terjadi pembunuhan.'
Allah memberikan kita waktu yang sama setiap orang iaitu 24 jam sehari. Saya memerlukan masa 1-2 jam sehari untuk mengemas rumah. Selain itu, saya memerlukan 1 jam untuk memasak. Begitulah perkiraan masa setiap hari yang digunakan untuk melakukan aktiviti seharian. Bangun seawal pukul 5 pagi untuk melakukan ibadah kepada Allah. Bukan mudah untuk bangun awal pagi, apatah lagi melakukan ibadah-ibadah sunat seperti tahajud. Tapi jika kita berniat untuk bangun. InsyaAllah Allah akan memudahkan urusan kita.
Konsep ibadah itu luas sebenarnya. Kerja juga satu ibadah. Sewaktu saya masih kecil, ibu saya bangun seawal pukul 4 pagi untuk menyiapkan bahan masakan iaitu kuih ketayap. Ibu berniaga kuih di kedai bagi membantu meringankan beban abah saya yang hanya bekerja sebagai pekerja kilang. Bilamana kita sibuk mencari wang janganlah kita merasakan kerja yang kita lakukan adalah sia-sia. Kerana bekerja juga satu ibadah. Namun, janganlah sampai meninggalkan solat lima waktu. Kita perlu bijak mencuri masa untuk melakukan ibadah wajib ini.
Bagi sesiapa yang rasa terlambat atau tidak pernah solat sebelum ini. Sekarang adalah masanya untuk anda melakukan perubahan dalam hidup. Kerana dunia ini semakin singkat. Baginda SAW bersabda;
Aku diutuskan dan hari kiamat seperti jari ini dan ini. Baginda berkata seperti itu sambil mendekatkan jari telunjuk dengan jari tengahnya. Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim. Dalam hadis lain, Rasulullah menjelaskan bahawa baki umur umat manusia setelah kedatangan baginda hanyalah seperti solat asar dan maghrib sahaja. Kebiasaanya, kita solat fadhu asar pada pukul 5 petang dan solat maghrib pada pukul 7 petang. Ini bermaksud masa antara solat fardhu asar dan maghrib sangat singkat.
Sebahagian ulama mengira masa kedatangan kiamat melalui kedua-dua hadis ini. Imam At-tabari berkata,'Selisih diantara jari tengan dengan jari telunjuk adalah 1/14 jari. Begitu juga masa yang berada antara solat asar dan maghri jika dibandingkan dengan seluruh hari. Maka jika uumur dunia adalah 7000 tahun, maka masa yang berbaki adalah 500 tahun.
Apabila bercakap tentang masa, sebahagian ulama seperti Qadi 'iyad, an-nawawi dan Ibn Abi Jamrah mentafsirkan singkatnya masa dengan hilangnya keberkatan. Mereka berkata, ' maksud singkatnya waktu ialah hilangnya keberkatan waktu tersebut sehingga satu hari misalnya, tidak dapat dimanfaatkan seluruhnya melainkan beberapa jam sahaja. Allahukabar. Ampunkan kami Ya Allah. Kami hambaMu yang leka dan lalai dengan dunia. Celik mata sahaja, mula memegang telefon pintar. Scroll telefon sehingga tidak sedar masa berlalu pergi begitu sahaja. kini , kebanyakan platform perniagaan menggunakan internet untuk memasarkan perniagaan mereka ke seluruh dunia. Masa banyak dihabiskan dengan melayari internet. Tidak sedar, sudah pukul 4 petang masih belum solat zohor. Ini adalah masanya untuk kembali kepada Allah. Hadiri majlis ilmu dan bergaullah dengan orang-orang soleh. Semoga hidayah milik anda.
Saya juga manusia yang lemah, leka dan lalai. Saya menulis sekadar menjalankan tugas dakwah sebagai seorang muslim. Dalam Surah Al-Baqarah Allah berfirmam ;
'Dan ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ' Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah (pengganti) di muka bumi. Mereka bertanya (untuk mengetahui tentang hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata),' Adakakah Engkau (Ya Allah) hendak menjadikan di bumi itu orang yang melakukan kerosakan dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih memujiMU dan menyucikan Mu.
Setiap manusia yang diciptakan Allah adalah seorang khalifah di muka bumi. Tugas kita adalah melakukan amal kebaikan dan mencegah kemungkaran. Pada zaman fitnah sekarang, bukan mudah melakukan kebaikan apatah lagi mencegah kemungkaran. Aku hanya merindukan Nabi Muhammad SAW dan harap pertemuan dengan baginda. Harapan saya, moga kita semua dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Terus mencari ilmu tanpa jemu. Ilmu itu adalah cahaya. Dan kita memerlukan cahaya bagi menyuluh jalan untuk kembali kepada penciptanya. Masa terus berlalu, saya masih disini menaip untuk mengingatkan sesama kita. Sekian sahaja tulisan saya untuk harini ini. Terima kasih kerana sudi membaca.
No comments:
Post a Comment