Segala puji bagi Allah Yang Menghidupkan kami. Selawat dan Salam buat junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Allahuma Solli 'ala Saiyidina Muhammad. Alhamdulillah saya diberi kesempatan membuka semula blog saya setelah sekian lama. Setiap manusia tidak terlepas daripada ujian selagi mana mereka masih bergelar hamba Allah. Ujian adalah tanda kasih-sayang Allah. Ujian juga tanda ingatan dari Tuhan Yang Esa iaitu Allah s.w.t.
Setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa termasuk saya sendiri. Saya menulis kerana ingin menyampaikan dakwah saya kepada mereka diluar sana. Ramai orang yang mula mencari identiti diri sejak dari kecil. begitu juga dengan saya, saya mencari identiti diri dengan menuntut ilmu. Namun, ilmu yang saya pelajari dari sekolah rendah tidak menemukan saya kepada Tuhan Yang Esa. Saya hanya bersekolah rendah biasa berpandukan satu-satunya subjek Pendidikan Islam.
Pencarian tuhan ini bermula sejak dari kecil sebenarnya, bilamana orang yang kita sayang mula pergi meninggalkan kita. Timbul persoalan dari hati saya. Kenapa mereka pergi? Mengapa mereka pergi meninggalkan saya ketika mana saya memerlukan kasih-sayang mereka? Disitulah bermulanya timbul pelbagai persoalan dari dalam diri. Allah memberikan ujian bersesuaian dengan tahap keimanan seseorang.
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286 maksudnya ; Allah tidak akan membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa), 'Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau menghukum kami dengan azab jika kami terlupa atau tersalah. jangan Engkau bebankan kepada kami kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami.
Tuhan itu tidak pernah jauh. Tuhan itu sangat dekat dengan kita seperti mana dekatnya urat merih. Tapi yang menjauhkan kita dengan Tuhan adalah dosa. Dosa kecil mahupun dosa besar. Pintu taubat masih terbuka kepada seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w. selagimana kita masih bernafas di muka bumi Allah. Allah berfirman dari surah yunus ayat 44 yang bermaksud; Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikitpun, tetapi manusia itulah yang mengzalimi diri mereka sendiri.
Mungkin ada di antara kita yang pernah hanyut dalam noda dosa dan maksiat. Namun, tidak bermakna kita berputus asa dengan rahmat Allah. Bilamana kita percaya hanya Allah sahaja yang berhak disembah. insyaAllah. Rahmat Allah sangat luas sepertimana luasnya dunia dan bumi Allah ini. Saya akhiri penulisan saya dengan ucapan Alhamdulillah. Terima Kasih sudi membaca isi dakwah saya.
No comments:
Post a Comment