Saturday, August 13, 2011

PERINGKAT AWAL MEMPELAJARI BAHASA JEPUN




~ Bahasa Jepun terbahagi kepada tulisan hiragana, katakana, kanji dan roman-ji. Penulis berpendapat bahawa bahasa Jepun merupakan bahasa yang susah tetapi amat menarik untuk dipelajari. Siapa yang rajin berusaha, insya'allah...mudahlah belajar=). Penulis memperkenalkan dahulu tulisan hiragana. Bahasa Malaysia mempunyai huruf seperti a,b,c,d,e...tetapi lebih kurang sama je mcm bahasa Jepun..a,i,u,e,o..so, kenal hafal dulu huruf2 hiragana di bawah ni..dan kemudian belajar menulis pulak...selamat mencuba!
~ Tips menghafal : Lekat je tepi katil, sebelum nak tidur tengok...hafal sampai tertidur,bangun tidur,insya'allah tgk pulak...mesti ingat!

Friday, February 11, 2011

Perkongsian Bersama


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....pembuka bicara~


Hadith ~

Dari Maq'al bin Yasarberkata, telah bersabda Rasullullah sallahu 'alaihi wassalam mana-mana hamba yang diberikan Allah pengikut ( jadi pemimpin) ketika matinya dalam keadaan pengkianat ( mengkianati rakyat) Allah mengharamkan baginya syurga.

Hadith ~

Dari Abu Hurairah dan Abi Said Al-Khudri, keduanya menyaksikan Rasullullah sallahu 'alaihi wassalam bersabda, tiada satu kaum( golongan) yang duduk sambil berzikir kepada Allah, melainkan mereka dipelihara malaikat, diliputi rahmat dan diturunkan ke atas mereka ketenangan.

hadith~


Dari Abdullah bin Umar, dia menyuruh seorang lelaki yang hendak tidur mengucapkan, Ya Allah! engkau menciptakan ku, engkau yang mematikannya, bagimu kematian dan kehidupannya, andainya engkau masih hidupkan kelak peliharalah ia(kematian), ampunkanlah ia ( kematian), Ya Allah! aku pohon keampunan.
hadith~

Dari Abu Hurairah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah sallahu 'alaihi wassalam, tidak akan masuk syurga kamu sehinggalah kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman sehinggalah berkasih sayang. Mahu tak kamu aku tunjukkan kamu sesuatu yang jika kamu buat kamu akan berkasih sayang, sebarkanlah salam di antara kamu.

hadith ~

Dari Abu Hurairah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah sallahu 'alaihi wassalam, dari alamat(tanda) orang munafiq ada tiga, apabila dia berkata dia berbohong, apabila dia berjanji dia mungkiri dan apabila dia diamanahkan dia mengkianati.


Saturday, January 8, 2011

Muhasabah Diri

















1. Apakah tujuan aku dilahirkan di dunia?


2. Selama aku umur____ apa yang aku dah buat untuk Islam?


3. Masihkah ingat janji aku dengan Pencipta di Alam Rohani?


4. Andai aku mati esok? Adakah aku sudah bersedia?


5. Cukupkah solat 5 lima waktu aku setiap hari?


6. Adakah aku baca al-quran setiap hari?


7. Siapakah yang menciptakan matahari, bulan, bintang,dan bumi
yang aku pijak?




7 SOALAN SAHAJA...INSYA'ALLAH...SELAMAT MENJAWAB


"Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa"
( SURAH AL-BAQARAH AYAT 21)






"Semoga hari esok lebih baik dari semalam"

p/s : Lihatlah kebesaran Allah tika matahari terbenam dan terbit...
Allahu akbar!





Wednesday, June 2, 2010

Hidup Berumah Tangga


Perkara yang perlu dialami oleh setiap insan, sama ada kaum adam atau hawa adalah hidup berumah tangga. Keinginan berkahwin sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan masyarakat kerana mereka dikurniakan nafsu berahi dan syahwat. Lelaki memerlukan wanita wanita sebagai pendamping setia, begitu juga wanita memerlukan lelaki. Apabila telah dipertemukan jodoh, maka berkahwinlah kedua-dua dan terbentuklah pasangan suami-isteri.



Perkahwinan adalah suatu ikatan tanggungjawab bersama dan bukan sekadar tempat penyaluran hawa nafsu yang sah. sebagai suami, beliau bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya dan isteri pula bertanggungjawab terhadap suami dan anak-anaknya. Rasullah Sallahu 'alaihi wassallam menggalakkan umatnya supaya berkahwin, jangan menundakan supaya terhindar diri dari melakukan perbuatan zina.



Di akhir zaman ini, kita sering kali mendengar dari televisyen dan radio bahawa anak-anak atas perbuatan zina bertambah dan mereka pula dibuang oleh ibu-ibu muda yang terlibat dalam perzinaan ini. Perbuatan ini haruslah diambil perhatian terutamanya ibu-bapa dalam mendidik anak-anak dengan agama. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan perlu dititikberatkan yang boleh mendorong kepada menghampiri zina. Ibu-bapa memainkan peranan yang penting dalam mengawal perkara-perkara ini. Ingatlah Allah kerana pasti akan rasa takut terhadap kematian dan setiap perkara yang dilakukan akan disoal oleh Allah S.W.T. Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap konsert-konsert yang dianjurkan dan peranan pihak polis dalam membanteras seks bebas oleh pendatang haram. Ini boleh menyebabkan peningkatan anak luar nikah, kerana dikatakan anak luar nikah akan lahir setiap jam. Astaghfirullah....
BLACK METAL adalah kumpulan yang sangat berbahaya dan berhati-hatilah wahai kaum remaja. Sedarlah kita hanya hidup sementara di dunia ini...MATI tidak mengenal usia.




Sabda Rasullah Sallahu 'alaihi wassallam :


" Wahai kumpulan anak-anak muda! Sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin, hendaklah ia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu menundukkan pandangan, dan memelihara kemaluan. Tetapi sesiapa yang tidak mampu, hendaklah ia berpuasa, sebab demikian itu akan menahan nafsu.


( riwayat Jamaah)


" seburuk-buruk kamu adalah kamu yang membujang. Bahkan dua rakaat dari orang yang telah berkahwin itu lebih baik daripada tujuh puluh rakaat dari orang yang membujang."





( Riwayat Ibnu Adi dari Abu Hurairah)



Membina rumah tangga merupakan sunnah Rasullah Sallahu 'alaihi wasallam. Sekiranya seseorang itu enggan berkahwin atau membencinya, bererti dia tidak termasuk dalam golongan baginda. Terdapat sesetengah orang yang enggan berkahwin kerana bimbang tidak mampu menyara isteri dan anak-anak.



Rasullah Sallahu 'alaihi wasallam telah bersabda :

" Carilah rezeki dengan berkahwin."


( riwayat al-Dailami dari Ibnu Abbas)




Diriwayatkan dari Anas Radhiallahu 'anhu bahawa pada suatu hari, tiga golongan dari kabilah Arab datang menemui isteri-isteri baginda untuk bertanyakan tentang ibadah baginda.
" Padahal setiap malam aku solat tidak pernah melalaikannya,"kata salah seorang dari mereka.
" Aku juga begitu, selalu berpuasa tidak pernah melupakannya," sahut sahabatnya.

" Apatah lagi aku sentiasa menjauhi wanita, aku tidak pernah berkahwin," kata seorang lagi.

Pada ketika mereka sedang asyik berbincang itu, tiba-tiba Rasullah Sallahu 'alaihi wasallam datang menegur mereka.



" Kamulah yang telah menyatakan demikian? Ketahuilah, demi Allah sesungguhnya akulah orang yang paling khuatir dan paling takut kepada Allah daripada kamu. Tetapi aku juga berpuasa dan berbuka, aku solat dan tidur dan aku kahwin dengan wanita. sesiapa yang membenci sunnahku, maka tidaklah ia termasuk dalam golonganku."

( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saturday, April 17, 2010


Cerita ini menarik perhatian ku...bagaimana Rasullah s.a.w bersabar dalam berdakwah...

Pada suatu hari Ubay bin Khalaf pergi menemui Nabi Muhamad s.a.w. membawa tulang yang sudah lapuk, lalu berkata: " Hai Muhamad, engkau mengira bahawa Allah akan membangkitkan tulang." Kemudian diramas-ramasnya tulang tersebut dengan tangannya lalu ditiupkan ke udara ke arah Rasullah. Ya Allah...

Hal ini dijawab dalam Al-Quran:

surah Yassin ayat 78-79:

bermaksud : " Dan dia membuat perumpaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya, ia berkata: " Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-belulang yang telah hancur luluh?" Katakalah : 'Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakanya kali yang pertama. Dan ia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ajakan Nabi Muhamad pertama kali ialah agar mempercayai KeEsaan Allah ( Tauhid). Kedua, peringatan terhadap adanya Tuhan selain berhala-berhala mereka. Mengenai hari kebangkitan dan bagi mereka adalah tidak masuk akal dan sukar mempercayainya.

Apa yang saya pelajari dahulu bahawa, orang-orang Quraisy ini bimbang dgn khabar bahawa adanya hari kebangkitan. Islam melarang mereka melakukan perkara2 seperti minum arak, berjudi, berzina dan sebagainya yang sudah menjadi kebiasaan dlm kehidupan mereka. sudah tentu mereka tidak ingin mempercayai wujudnya hari tersebut.

mereka sememangnya tahu bahawa Allah itu wujud. Namun, mereka merasa berat untuk meninggalkan apa yang telah diturun dari nenek moyang mereka. apabila kita memikirkan tentang alam kubur, pasti kita akan bimbang..kerana hanya tinggal seorang diri di dalam kubur yang gelap..hanya amalan dan doa anak2 yang menemani kita..Ya Allah...

Sekian..Terima Kasih..

Wallahu a'alam...

Saturday, April 3, 2010

Kelebihan Ayat Kursi


"Allah, tidak ada Tuhan(yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus(makhluknya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izinNya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari Ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. "


* Penghulu segala ayat

* Menceritakan kehebatan Allah SWT dalam mentadbir sekalian alam serta makhlukNya


* Sewaktu diturunkan kepada Nabi Muhamad SAW, ayat ini diiringi tujuh puluh ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.


* Penurunannya juga menggemparkan masyarakat iblis dan syaitan kerana bakal menjadi penghalang dalam usaha menyesatkan umat manusia.


* Sebaik sahaja penurunannya, Rasullah SAW segera memerintahkan Zaid bin Tsabit segera menulisnya dan disebarkan pada para sahabat.

* Mengandungi dasar-dasar Tauhid dan keagungan Allah SWT serta ketulusan ilmuNya.


* Mengamalkannya akan hidup dengan jiwa Tauhid, dibukakan hati dengan pelbagai hikmah dan dinaikkan martabatnya.


* Jika diamalkan selalu akan dilindungi daripada gangguan syaitan dan jin

* sebagai pelindung dari bala bencana.

* Pahalanya menyamai 1/4 Al-Quran. Allah mengutuskan malaikat untuk mencatatkan pahalanya dan dihapuskan dosanya bermula ia membaca sehinggalah keesokkan harinya.


* Setiap hurufnya memberikan 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.


* menjadi pendinding semasa tidur daripada kejahatan jin, syaitan, manusia dan binatang. Sesiapa yang membacanya, dua malaikat akan menjaganya hingga ke pagi.


* mengamalkannya mampu melindungi diri, keluarga, harta benda dan rumahnya daripada kecurian, kebakaran, karam di dalam air dan runtuh.


* mengatasi kesukaran mendapatkan rezeki ( dibaca sebanyak 170 Kali)

* bagi mendapatkan sebarang hajat, baca ayat Kursi sebanyak 170 kali waktu tgh malam.

* bagi mendapatkan terang hati dan kecerdasan luar biasa, baca sebanyak 170x

* mudah menghadapi sakaratul maut.

* Apabila membaca pada ketika keluar rumah, 70 ribu malaikat akan mendoakan keselamatannya.

* menyejukkan hati org yang pemarah. selalu mengamalkannya dapat menghindari daripada gangguan syaitan yang memanaskan hatinya.

* membacanya setiap kali selepas solat fadhu, Allah mengampuni dosa-dosanya.

* membacanya selepas solat subuh dan solat maghrib dapat memelihara drp kejahatan dari pagi sehingga keesokkan harinya.

* sekiranya dibaca sebanyak 313x dalam keadaan suci dan kusyuk ( tgh malam), Allah akan menghilangkan rasa susahnya.

* berkesan dibcakan pada orang yang mengalami kerasukan jin dan syaitan dengan menghembuskan pada air dan diberi minum serta dipercikkan pada badan pesakit.



~ MARI SAMA2 KITA MENGAMALKANNYA...INSYAALLAH

Monday, March 29, 2010

Solat Tahajud ~ salah satu cara membersihkan hati..insyaAllah


assalamualaikum......w.b.t.

Aku hamba Allah yang hina, yang tidak terlepas dari melakukan dosa, mengharapkan keredhaan Allah untuk hidup di dunia yang fana ini. Sering kali terlupa dan tersedar ...sememangnya dunia boleh mengasyikkan manusia. astaghfirullah..



Di sini saya ingin mengupaskan tentang kelebihan qiyamulail dan solat tahajud. Dengan beberapa pengetahuan yang ada...dari Allah s.w.t. ini ku kongsi bagaimana untuk bangun malam.



* selepas waktu isyak tidur beberapa jam namun sebelum hendak tidur...beberapa perkara perlu dilakukan untuk membolehkan kita mempunyai kekuatan dan mampu melawan nafsu (tidur)...




a) tidur dalam keadaan berwuduk


b) membaca al-quran ( surah al-Mulk)

c) apabila melakukan solat jemaah Isyak membolehkan senang utk bangun malam seterusnya
melakukan solat subuh secara berjemaah.

d) apa yang paling adalah nawaitu kita untuk bangun. nawaitu perlulah kuat dan bersungguh2..
insyaAllah...dipermudahkan...

e) bersihkan diri sebelum tidur seperti bersugi dan selepas itu mengimbas2 tilam sebelum
tidur di atas katil kerana anak bilis tidur di atas katil kita..takut kita terus tidur dan tidur
di atas anak iblis dan menyebabkan kita susah utk bangun...itu merupakan sunnah
Nabi Muhammad s.a.w.

f) Amalkan tidur seperti sunnah Nabi Muhammad s.a.w. insyaAllah...seperti tidur mengiring di
sebelah kanan.




Kelebihan bangun malam/qiyamulail dengan melakukan solat-solat sunat seperti solat
taubah, solat hajat, solat tahajud, solat tasbih, solat witir dan solat sunat lain2..


- apabila kita bangun semasa orang lain sedang nyenyak di buai mimpi indah...kita dengan
ikhlasnya bangun untuk sujud mengadap Ilahi...dan sekaligus menjauhi dari sifat riak..

- menjadikan seseorang itu dapat melawan nafsu dan syaitan.

- boleh menghapuskan dosa..insyaAllah

- pada ketika itu, sesiapa yang menghadirkan dirinya menghadap Ilahi dengan melakukan
solat dengan kusyuk, Allah s.w.t. akan memperkenankan permintaan dan doanya.

- sesiapa yang sakit, Allah akan sembuhkan sakitnya..insyaAllah

- Sesiapa yang kekurangan wang, Allah akan mencukupkan rezekinya.

- diberikan ketenangan di dalam hatinya...insyaAllah




sebenarnya...bangun malam membolehkan seseorang manusia itu menyerah diri kepada Allah s.w.t. dan mengadu kepada Allah..agar diberikan kekuatan untuk menempuhi hidup di dunia dan sekaligus mendapat kebahagian di dunia dan akhirat..insyaAllah...




setiap orang yang beriman akan diuji dengan pelbagai ujian, dengan bangun malam...kita sujud dan meminta pertolongan Allah..insyaAllah....dimakbulkan doa dan diberikan taufik dan hidayah...


surah al-isra ayat 79 :

"Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. "