Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami manusia. Alhamdulillah dan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Allahuma Solli 'ala Saiyidina Muhammad. Alhamdulillah bila Allah beri ujian dan kita dapat melalui ujian tersebut. Allah uji kita kerana mahu kita kembali kepadaNya. Meminta pertolonganNya berbanding makhluk. Di sini saya mahu kongsikan cara untuk keluar dari kemurungan, anxiety dan sebagainya. Pertama, kita mula memaafkan semua orang termasuk diri sendiri. Ada diceritakan bahawa sesiapa yang mudah memaafkan orang lain, tempatnya adalah di syurga. Masya Allah, dengar macam mudahkan, tapi orang yang melaluinya sahaja yang faham.
Kedua, saya mendengar bahawa golongan ahli syurga itu terdiri daripada orang yang tenang dan sabar. InsyaAllah tuan-tuan sekalian. Kalau kita mahukan syurga. Mintalah kepada Allah. InsyaAllah Allah makbulkan. Kerana Allah Maha Pemurah Lagi Penyayang. Dalam Surah Al-fatihah, Allah berfirman dalam ayat ke-5 , Hanya kepada Engkau kami beribadah dan hanya kepada Engkau Kami memohon pertolongan. Ayat ini kita baca setiap hari bukan. Tapi adakah kita betul-betul meminta pertolongan Allah. Kita lebih suka mengadu kepada manusia berbanding kepada Allah bukan. Ayat ini mengajar kita bergantung hanya kepada Allah, bukan kepada makhluk. Kerana yang menjaga kita dari kecil adalah Allah. Bukan makhluk. Makhluk cuma perantaraan sahaja. Teknik kedua, saya mahu mengajar tuan puan menulis di atas kertas atau menulis diari untuk simpan semua masalah tuan puan. Saya ada terbaca, menulis juga adalah salah satu terapi untuk meluahkan segala apa yang terbuku di hati. Menulis juga membolehkan kita mengikat ilmu yang kita peroleh dari Majlis Ilmu dan kuliah. Alhamdulilah, ilmu ini saya dapat dari ahli psikologi. Ilmu merupakan cahaya yang membolehkan kita melalui jalan yang gelap.
Ketiga, banyakkan berzikir dan mengingati Allah. Zikir sebenarnya mudah sahaja, hanya menyebut Subhana Allah, Alhamdulillah , Allahukabar. Apabila hidup kita terasa sukar, saya terbaca ubatnya adalah istighfar. Istighfar ini dapat menghapuskan dosa-dosa kita. Ada sesuatu yang saya amalkan sebelum ini, iaitu Zikir Al-Matsurat. Zikir ini dikatakan mempunyai banyak kelebihan. Zikir ini disusun oleh Imam hassan Al- Banna. Zikir ini membolehkan malaikat menjaga kita dari subuh ke asar dan dari asar ke subuh. Zikir ini melindungi kita dari gangguan syaitan dari terbit matahari sehingga terbenam matahari. InsyaAllah. Selalunya, saya akan memulakan hari saya dengan membaca Surah Ar-rahman. Ayat ini mengandungi peringatan kepada saya. Di mana Allah banyak menyebut Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? Surah Ar-Rahman juga mengajar saya tentang erti syukur. Kadang-kadang kita manusia terlupa untuk bersyukur dengan sekecil-kecil nikmat, apatah sebesar-besar nikmat. Allah memberikan nikmat penglihatan, pendengaran, anggota tubuh badan yang sihat dan banyak lagi nikmat Allah beri. Jika mahu disebutkan tentang nikmat Allah. Sampai bila pun tidak pernah habis, sebab terlalu banyak nikmat Allah beri kepada kita. Contohnya, nikmat boleh bernafas dan sebagainya.
Yang terakhir, berdamailah dengan alam. Banyakkan melihat keindahan alam semula jadi seperti pantai, laut, ombak, bukit-bukau dan sebagainya berbanding hanya melihat telefon atau komputer setiap hari. Manusia ini asalnya dari tanah. Jadi, ia akan kembali kepada tanah. Saya cuba menyibukkan diri dengan aktiviti kerja rumah berbanding hanya menatap telefon. Kerana alat ini mengandungi kesan negatif kepada tubuh badan manusia. Saya merasakan kes Austisme meningkat juga disebabkan oleh manusia terlalu sibuk memegang telefon berbanding memegang al-quran. Nauzubillah. mungkin, kadang-kadang kita lahir bukan dari orang yang beragama. Tapi kita boleh kembali kepada agama kita. Mula belajar mengaji dari iqra contohnya. Hukum membaca al-quran adalah sunat. Bukan wajib. Bila membacanya mendapat pahala. Tetapi, hukum belajar fardhu ain adalah wajib. Kita perlu mempelajari cara yang betul di dalam solat. Semestinya, Solat itu adalah wajib. Jika mahu kembali sihat, kembalilah kepada TuhanMu yang menciptakan kamu. Mintalah kepadaNya untuk sembuh dari segala penyakit yang nampak dan tidak nampak. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment