Friday, February 26, 2010

Islam itu Indah


Umar bin Al-Khattab Radhiyallahu 'anhu berkata :Pada suatu hari, ketika kami sedang duduk bersama-sama Rasullah shallallahu alaihi wasallam, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang berpakaian sangat putih, rambutnya terlalu hitam, tidak nampak tanda-tanda musafir, tidak ada seorang dari kami yang mengenalinya. Lalu ia duduk dekat nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, menyandarkan dua lututnya kepada dua lutut Baginda dan meletak dua tangannya ke atas dua paha baginda dan...

bertanya: Hai Muhammad khabarkan saya tentang Islam?

Baginda menjawab : Islam ialah bahawa engkau bersaksi tidak ada Tuhan yang sebesar kecauli Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, melakukan shiyam bulan ramadhan dan mengerjakan haji jika engkau berkuasa kepadaNYa. lelaki itu berkata : betul. Maka kami hairan kerana ia bertanya kemudian ia pula membenarkan.

Ia bertanya pula : Berikan saya tahu berkenaan dengan iman?


Baginda menjawab : Engkau beriman kepada Allah Taala, malaikat-malaikat, kitab-kitab, Para Rasul, Hari kemudian , dan engkau beriman dengan Qadar baik dan jahatNYa. Lelaki itu berkata : Betul.

Kemudian ia bertanya lagi : berikan saya tahu tentang ihsan?


Baginda menjawab : Engkau beribadah kepada Allah Taala seolah-olah engkau nampakNYa sekiranya engkau tidak nampak maka Allah Taala tetap nampak engkau.

Lelaki itu bertanya lagi: khabarkan saya hari kiamat?


Baginda menjawab : orang yang ditanya tidaklah terlebih tahu dari orang yag ditanya. Ia bertanya lagi: Kalau begitu maka khabarkan saya tandanya?

Baginda menjawab : bahawa hamba perempuan melahirkan anak menjadi tuannya, dan engkau nampak orang yang berkaki ayam, bertelanjang, pengembala kambing berlumba-lumba membuat binaan. Kemudian lelaki itu pergi dan saya juga termenung sejenak, lalu nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: hai Umar, adakah engkau tahu siapa orang yang bertanya itu?" saya menjawab : Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

Baginda menjawab : Itulah Jibril datang mengajarkan kamu agama kamu.

No comments:

Post a Comment