Friday, November 27, 2009

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S


Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah
S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan
yang tidak diberikan kepadaku:
Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi
Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka
kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang.
Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah
S.W.T memberi mereka pakaian.
Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T
telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W
berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan
aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka
kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka
bertaubat kepada Allah S.A.W.

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan
seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya
bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal
saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat
Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu
termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa
menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang
mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan
seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup
memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan
kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana
mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang
melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima
taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan
dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu
Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak
dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu
direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri
pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan
membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi
belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim,
dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya,
sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip
keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya
sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.
Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan
menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu
kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan
seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-
apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut
besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah
dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan
ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku
tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang
mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk
diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat
akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang
muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha
mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah
zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat

No comments:

Post a Comment