Saturday, November 28, 2009

Mari kita contohi akhlak Nabi Muhamad S.A.W- siri kedua: Sabar menghadapi ujian Allah S.W.T




Allah berfirman di dalam Al-Quran:
" Sesungguhnya, Allah bersama-sama orang-orang sabar."

( Surah Al-Baqarah:153)

Menurut Rasullah S.A.W, ada empat jenis sabar iaitu :

1. Sabar menanggung beratnya melaksanakan kewajipan. Kewajipan di dalam Islam itu ada banyak, seperti kewajipan mengerjakan solat lima waktu, membayar zakat, menunaikan haji apabila mampu, berpuasa di bulan Ramadhan, berjihad dan lain-lain lagi. Bagi mukmin yang sabar, betapa berat sekali pun kewajipan itu, tetap dilaksanakan dengan hati yang ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, tanpa peduli dalam keadaan sakit, melarat atau sibuk. Orang yang sabar melaksanakan kewajipan bererti mendapat taufik atau pertolongan dari Allah.

2. Sabar menanggung musibah atau ujian. Terdapat pelbagai ujian yang silih berganti menimpa orang mukmin. Namun, jika mukmin itu bersabar menanggung musibah dan ujian disertai tawakal kepada Allah, pasti jalan menuju kebahagian akan terbuka luas. Orang yang sabar menanggung musibah pasti memperolehi pahala yang besar dari Allah.

3. Sabar menahan kezaliman orang terhadap dirinya. Di akhir zaman kini, kezaliman telah berleluasa menguasai umat Islam di mana-mana bahagian dunia ini. Terdapat banyak kezaliman yang dikenakan ke atas orang-orang mukmin yang ingin menegakkan keadilan dan kebenaran. Tetapi bagi mukmin yang sabar menahan kezaliman orang demi untuk melihat tertegaknya keadilan dan kebenaran, pasti dia termasuk di kalangan orang-orang dicintai Allah S.W.T.

4. Sabar menanggung kemiskinan dan kepapaan. Banyak berlaku orang-orang yang diliputi kemiskinan akhirnya menjadi putus asa. Ada mengambil jalan mudah tanpa mempedulikan arahan agama dengan melakukan pekerjaan haram seperti merompak, mencuri, memeras ugut, menipu dan lain-lain lagi. Ada pula menjadikan pekerjaan mengemis sebagai kerjayanya dan meminta sedekah setiap hari, tanpa ada usaha untuk bekerja kerana di dalam jiwanya telah diliputi rasa putus asa dan kecewa. Sebaliknya, mukmin yang sabar menanggung kemiskinan dan kepapaan dengan cara qanaah(cukup) dengan apa yang didapatinya, maka dia adalah orang yang kehidupannya sentiasa dilimpahi kereedhaan dari Allah S.W.T.

Sabda Rasullah S.A.W :
" Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah suatu kebaikan(keuntungan), maka ia diberi penderitaan."

( Riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam sebuah hadith yang bersumber dari Anas Radhiallahu 'anhu berkata bahawa Rasullah S.A.W telah bersabda :

" Apabila Allah menghendaki kebaikan pada hambaNya nescaya Dia mempercepatkan seksa(penderitaan) kepadanya di dunia. Dan apabila Allah menghendaki kebinasaan kepada hambaNya, nescaya akan dilakukan kelak pada hari kiamat."

Dari hadis di atas jelaslah bahawa suatu penderitaan adalah merupakan batu ujian bagi setiap orang yang akan mencapai kemuliaan. Sebaliknya, orang yang selalu bernasib baik di dalam hidupnya, kadang-kadang merupakan suatu kesengajaan yang dikehendaki oleh Allah. JIka kesengajaan itu tidak diimbangi dengan rasa syukur, pasti kebinasaanlah yang akan menimpanya. Oleh itu, Rasullah S.A.W. selalu memberi nasihat kepada para sahabat agar teguh dan sabar menderita. Kesabaran itu bahkan hanya merupakan tutur kata baginda sahaja, melainkan benar-benar baginda mengalaminya. Betapa penyeksaan orang-orang kafir Quraisy pada dirinya setelah baginda menyeru mereka kepada Islam. Sungguh berat sekali, namun baginda tetap bersabar.

Uqbah bin Abi Mu'aith, salah seorang pengikut Abu Jahal adalah orang yang paling banyak menyakiti Rasullah S.A.W. Pada suatu hari, Abu Jahal mendesak para pengikutnya agar melakukan sesuatu yang boleh menyakiti baginda.
" Mengapa kamu mendiamkan diri saja najis si unta si Fulan?" kata Abu Jahal.
Mendengar sindiran Abu Jahal itu, Uqbah bin Abi Mu'aith segera bangun mengambil segenggam najis unta yang kemudian dicampakkan kepada Rasullah S.A.W. yang kebetulan pada waktu itu sedang sujud di depan Kaabah. Tetapi perbuatan kejam itu tidak dihiraukan oleh Nabi Muhamad S.A.W. Baginda tetap bersujud dengan kusyuk mengadap Allah S.W.T. Apabila Fatimah mengetahui peristiwa tersebut, ia segera datang menghampiri ayahnya itu. Penghinaan Uqbah ini tetap dihadapi dengan sabar dan tawakal kepada Allah.

Pesanan dari penulis : Apabila anda rasa anda diberikan ujian yang tidak mampu anda tanggung dan membuatkan anda menderita dan ingin berputus asa ingatlah...

Firman Allah S.W.T.:
"
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.
( Surah Al-Baqarah : 286)


Mari kita contohi akhlak Nabi Muhamad S.A.W- berlapang dada dan suka memberi maaf



Rasullah S.A.W menyuruh umatnya supaya bergaul dengan baik meskipun terhadap orang yang pernah menzalimi diri kita. Jika seseorang itu bersikap lapang dada, suka memberi maaf kepada orang yang melukainya atau musuh-musuhnya, pasti kehidupannya selalu diliputi oleh suasana ketenangan.

Sebagaimana yang ditegaskan di dalam Al-Quran :

" Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah Al-Nur: 23)

Pada suatu hari Anas Radhiallahu 'anhu berjalan-jalan bersama Rasullah S.A.W. Pada waktu itu baginda memakai selendang yang tebal buatan Najran. Di tengah perjalanan, baginda bertemu dengan seorang Badwi. Dengan cepat sekali orang Badwi tersebut menarik selendang Rasullah S.A.W sekuat-kuatnya sehingga berbekas pada leher baginda sambil berkata :

"Hai Muhamad, berikan kepadaku sebahagian harta Allah yang ada padamu."

Maka baginda menoleh pada orang Badwi itu sambil tersenyum, kemudian memerintahkan kepada pembantunya untuk memberikan apa yang diminta Badwi tersebut.

Firman Allah S.W.T. :

"Jadilah kamu pemaaf dan suruhla orang yang mengerjakan yang makruf dan berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh."
(Surah Al-A'raf : 199)

Diceritakan bahawa Pada suatu hari A'isyah bertanya kepada Rasullah S.A.W. : " Pernahkah datang padamu hari yang lebih berat daripada penderitaanmu pada waktu Perang Uhud?" Baginda menjawab: " Aku telah menemui beberapa kejadian dari kaumku. Dan yang paling berat sekali ialah ketika aku berdakwah kepada Ibnu Abdi Yalil bin Abdi Kilal. Maka ia tidak menghiraukan apa yang dikehendaki. Maka aku pun pergi dengan raut wajah yang bermuram durja, tidak sedarkan diri kecauli setelah sampai di Qamuth Tha'lib. Kemudian, aku menadah ke langit di mana aku melihat awan di atasku. Tiba-tiba Jibril datang memanggilku, sambil berkata :
" Sesungguhnya Allah telah mendengar ucapan kaummu. Dan kini Dia telah mengutus malaikat penjaga gunung untuk menurut segala perintahmu." Lalu terdengar penjaga gunung itu memberi salam sambil berkata: " Wahai Muhamad, Allah telah mendengar jawapan kaummu kepadamu. Dan kini aku sebagai penjaga gunung diperintah oleh Allah untuk menuruti segala kehendakmu. Jika kamu kehendaki, aku akan timpakan dua bukit yang terbesar kepada mereka." Kemudian Nabi Muhamad S.A.W bersabda: " Tidak, tetapi aku masih mengharapkan semoga Allah mengeluarkan dari keturunan mereka orang-orang yang beribadah kepada Allah dan tidak mempersekutukanNya dengan sesuatu perkara."

Sungguh mulia jiwa Rasullah S.A.W. meskipun baginda selalu dihina, disakiti dan bahkan diancam nyawanya, namun baginda tetap berlapang dada, sabar dan memaafkan mereka.
Rasullah Sallallahu 'alahi wasallam bersabda :

" Bukanlah orang kuat itu orang yang kuat tenaganya. Tetapi sesungguhnya orang kuat itu adalah orang yang dapat menahan hawa nafsunya ketika ia sedang marah."

( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pesanan dari penulis:
Mungkin mudah untuk menyuruh orang lain agar meminta maaf kepada orang yang menzalimi kita.
Namun percayalah, hati anda akan berasa tenang selepas memberi maaf atau meminta maaf walaupun kesalahan
itu datang daripada orang lain atau diri kita sendiri. Allah sentiasa bersama-sama hamba-hambaNya...InsyaALLAH








Huruf-Huruf asas bahasa jepun( hiragana dan katakana)


Friday, November 27, 2009

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S


Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah
S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan
yang tidak diberikan kepadaku:
Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi
Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka
kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang.
Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah
S.W.T memberi mereka pakaian.
Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T
telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W
berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan
aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka
kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka
bertaubat kepada Allah S.A.W.

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan
seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya
bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal
saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat
Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu
termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa
menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang
mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan
seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup
memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan
kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana
mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang
melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima
taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan
dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu
Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak
dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu
direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri
pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan
membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi
belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim,
dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya,
sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip
keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya
sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.
Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan
menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu
kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan
seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-
apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut
besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah
dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan
ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku
tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang
mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk
diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat
akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang
muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha
mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah
zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat

KELEBIHAN MENGHADIRI MAJLIS-MAJLIS ILMU

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau
bersabda : "Sungguh Allah mempunyai
malaikat-malaikat yang mulia yang selalu
berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka
mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan
untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan
masing-masing malaikat membentangkan
sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang
berada di antara ahli zikir dan langit dunia.

Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah
masing-masing, maka para malaikat itu naik ke
langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza
wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya :

"Dari mana kalian datang ?"

Para malaikat menjawab : "Kami baru saja
mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca
tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu.
"

Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"

Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah
melihat syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka
melihat Syurga-Ku ?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon
diselamatkan."

Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan
dari apa ?"

Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."

Allah bertanya : "Apakah mereka pernah
melihat Neraka ?"

Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"

Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka
pernah melihatnya?"

Para Malaikat menjawab : "Mereka juga
memohon ampun kepada-Mu."

Allah berfirman : "Aku telah mengampuni
mereka, maka Aku akan memenuhi
permohonan mereka dan akan menjauhkan
mereka dari apa yang mereka mohon untuk
diselamatkan."

Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhanku, di
dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba
yang banyak berdosa, ia hanya lewat
kemudian ikut duduk bersama mereka."

Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku
mengampuninya. Mereka semua adalah
termasuk ahli zikir, dimana tidak ada seorang
yang duduk di situ akan mendapatkan celaka."
(hari. Bukhari Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah
saw. bersabda : "Apabila berkumpul suatu
kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk
membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka
ketenangan pasti akan turun kepada mereka,
rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-
malaikat mengelilingi mereka dan Allah
menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk
yang ada didekatNya (para malaikat)." (hari.
Muslim)