Friday, February 26, 2010

Wahai Kaum Hawa yang ku kasihi..Tutup Aurat mu sebaik-baiknya...


* ku tidak mahu berbicara panjang..sila baca comment

Islam itu Indah


Umar bin Al-Khattab Radhiyallahu 'anhu berkata :Pada suatu hari, ketika kami sedang duduk bersama-sama Rasullah shallallahu alaihi wasallam, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang berpakaian sangat putih, rambutnya terlalu hitam, tidak nampak tanda-tanda musafir, tidak ada seorang dari kami yang mengenalinya. Lalu ia duduk dekat nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, menyandarkan dua lututnya kepada dua lutut Baginda dan meletak dua tangannya ke atas dua paha baginda dan...

bertanya: Hai Muhammad khabarkan saya tentang Islam?

Baginda menjawab : Islam ialah bahawa engkau bersaksi tidak ada Tuhan yang sebesar kecauli Allah dan Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, melakukan shiyam bulan ramadhan dan mengerjakan haji jika engkau berkuasa kepadaNYa. lelaki itu berkata : betul. Maka kami hairan kerana ia bertanya kemudian ia pula membenarkan.

Ia bertanya pula : Berikan saya tahu berkenaan dengan iman?


Baginda menjawab : Engkau beriman kepada Allah Taala, malaikat-malaikat, kitab-kitab, Para Rasul, Hari kemudian , dan engkau beriman dengan Qadar baik dan jahatNYa. Lelaki itu berkata : Betul.

Kemudian ia bertanya lagi : berikan saya tahu tentang ihsan?


Baginda menjawab : Engkau beribadah kepada Allah Taala seolah-olah engkau nampakNYa sekiranya engkau tidak nampak maka Allah Taala tetap nampak engkau.

Lelaki itu bertanya lagi: khabarkan saya hari kiamat?


Baginda menjawab : orang yang ditanya tidaklah terlebih tahu dari orang yag ditanya. Ia bertanya lagi: Kalau begitu maka khabarkan saya tandanya?

Baginda menjawab : bahawa hamba perempuan melahirkan anak menjadi tuannya, dan engkau nampak orang yang berkaki ayam, bertelanjang, pengembala kambing berlumba-lumba membuat binaan. Kemudian lelaki itu pergi dan saya juga termenung sejenak, lalu nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: hai Umar, adakah engkau tahu siapa orang yang bertanya itu?" saya menjawab : Allah dan RasulNya lebih mengetahui.

Baginda menjawab : Itulah Jibril datang mengajarkan kamu agama kamu.

Thursday, February 4, 2010

Di antara perkataan Ibnu Taimiyah dalam Ushul ad-din(pokok-pokok agama) yang menyalahi ijma' kaum muslimin adalah perkataannya bahawa



1. jenis alam ini qadim(tidak bermula)



2. Allah pada Azal (keberadaan tanpa permulaan) selalu diiringi dengan makhluk.



3. Ibnu Taimiyah juga menyatakan bahawa Allah adalah jisim(bentuk), mempunyai arah dan berpindah-randah.



4. Dalam sebahagian karangannya, Ibnu Taimiyah menyatakan bahawa Allah Ta'ala persis sebesar 'Arasy. tidak lebih besar atau lebih kecil, Maha Suci Allah dari perkataan ini.



5. Ibnu Taimiyah juga menyatakan bahawa para nabi itu tidak ma'shum, Nabi Muhammad tidak memiliki jah(kehormatan,karena itu menurutnya jika ada org bertawassul dengan Nabi maka ia salah besar.



6. Ia juga mengatakan bahawa berpergian utk berziarah ke makam Rasullah adalah perjalanan tergolong maksiat dan tidak boleh mengqashar solat.





7. Ibnu Taimiyah juga mengatakan bahawa siksa bagi penduduk neraka akan terhenti dan tidak akan berlaku selama-lamanya.

Tuesday, February 2, 2010

Siapakah Ibnu Taimiyah??

Ibnu Taimiyah : Ahmad ibn Taimiyah
Lahir : Harran, Syiria, ditengah keluarga yg berilmu yg bermazhab Hanbali
Ahli keluarga : Ayahnya seorang yg perawakan tenang, dihormati oleh para ulama Syam,

Setelah ayahnya wafat, Ibnu Taimiyah yang menggantikan tempat ayahnya. Orang2 yang selama ini mempercayai ayahnya, menghadiri majlisnya mula mendorong dan memotivasikannya dalam meneruskan tugas-tugas ayahnya dan memujinya.

Namun, pujian tersebut membuatkan Ibnu Taimiyah terlena dan tidak menyedari motif sebenarnya di balik pujian tersebut. Ibnu Taimiyah mula menyebarkan satu demi satu bida'ahnya sehingga para ulama dan pejabat menjauhinya satu persatu.

Berbagai kalangan orang awam dan yang lainpun mulai terpengaruh dan mengikuti Ibnu Taimiyah sehingga ulama-ulama di masa Ibnu Taimiyah mula angkat bicara dan membantah pendapat-pendapatnya serta memasukkannya dalam kelompok para-para ahli bida'ah.


Ibnu Taimiyah sudah berkali-kali diperintah untuk bertaubat dari perkataan dan keyakinannya yang sesat ini, namun ia selalu mengingkari janji-janjinya sehingga akhirnya ia dipenjara dengan kesepakatan para qadli(hakim) dari empat mazhab ; Shafi'i, Hanafi, dan Maliki dan Hanbali.

Al-Imam al-Hafizh al-Faqih al-Mujtahid Taqiyy ad-Din as-Subki dalam salah satu risalah mengatakan: " Ibnu Taimiyah dipenjara atas kesepakatan para ulama dan para pengamal dan penguasa. " Terakhir mereka menyatakan Ibnu Taimiyah adalah sesat, harus diwaspadai dan dijauhi seperti diperjelaskan oleh Ibnu Syakir al Kutubi(anak murid Ibnu Taimiyah sendiri) dalam kitabnya 'Uyun at-tawarikh.

Pada masa yang sama, raja Muhamad ibn Qalawun mengeluarkan keputusan rasmi pemerintah utk dibaca di semua masjid di Syam dan Mesir agar masyarakat berwaspada dan menjauhi Ibnu Taimiyah dan para pengikutnya. Ibnu Taimiyah akhirnya dipenjara di benteng Al-Qal'ah di Damaskus hingga mati pada tahun 728H.